Searching...
10:47 8

Kisah Cinta Asra, Lela dan Olivia



Kecoh di laman forum hiburan dan juga blog hiburan tentang kisah kekasih pemain bola sepak Malaysia iaitu Asra, yang mempunyai kekasih yang cantik jelita tetapi hanyalah palsu semata-mata.

Untuk pengetahuan, pemain bolasepak tempatan terkenal, Mohd Asraruddin Putra Omar (yang mewakili negeri Selangor dan kebangsaan) telah memberi komen cinta dan panggilan "MY LOVE" secara terbuka kepada seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, yang bernama Lela Jamaluddin di Instagram.

 Di alam maya yang serba serbi indah, masih terdapat manusia yang suka menyamar dan memakai identiti orang lain. Jangan sangka avatar yang digunakan di media sosial itu ialah wajah sebenar, kemungkinan gambar yang dipaparkan dicuri dari orang lain.

Ramai yang menganggap Lela Jamaluddin menggunakan gaya bahasa yang terlalu kasar untuk seorang perempuan belia, namun secara defensif apabila perkara ini diajukan kepadanya, Lela Jamaluddin menafikannya. Lela banyak memuat naik gambar yang didakwa dirinya melakukan pelbagai aktiviti seharian, namun menyangkal habis-habisan yang dia sebenarnya seorang yang ‘palsu’.

 Untuk itu pengguna Forum Cari yang terkenal dengan kebolehan penyiasatan online telah menyiasat milik siapa sebenarnya wajah di sebalik nama Lela Jamaluddin.

 Siasatan mereka tidak mengecewakan. Lela Jamaluddin, atau siapa saja disebaliknya didapati menggunakan gambar-gambar seorang wanita yang tinggal di Kota Kinabalu, Sabah, yang hanya dikenali dengan nama Olivia. Olivia berasal dari Tanjung Aru dan sudah mempunyai teman lelaki.

Nampaknya, Olivia juga tidak mengetahui tentang gambarnya yang dicuri dan digunakan oleh orang lain.

Mengikut siasatan awal, Lela Jamaluddin sebenarnya cuba untuk memikat Mohd Aidil Zafuan Mohd Radzak, pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, tetapi nampaknya Asraruddin yang tersangkut.

hotlips: hai apa nak jadi, banyak pula kes orang menyamar nih. tapi boleh pula declare kekasih kalau belum berjumpa. Jumpa la dulu bertemu kenal mengenal untuk mengelakkan anda bercinta dengan kekasih palsu. Asra kini bermain untuk JDT. Olivia Yukis sebenar menggunakan nama You Kiss.

Artikel lain
Gambar Safee Sali Kahwin dengan Shasha (KLIK SINI)




8 comments:

  1. menyusahkan orng jew..npa x gna muka yg real je buruk sngt ke,,pnpu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atikah, tak silap saya orang sebenarnya behind lela is a guy T_T

      Delete
  2. It's not about a guy or wht. Berpandu pd tuan empunya diri jgk. Dlm kes ni tak blh salahkan sebelah pihak, sbb kalau bertepuk sebelah tgn xkan berbunyi. Dunia hiburan semata mata. Nak cari makwe berdasarkan rupa dan inilah akibatnya. Pengajaran buat asra sbagai pemain bola :)

    ReplyDelete
  3. tp mmg cantik siot lela oh lela lela....

    ReplyDelete
  4. alaaaa apahal lak curi gamba cousin aku ni. bodohla! ni facebook pemilik sebenar gambar tersebut https://www.facebook.com/gagoo.xgagooilaklah

    ReplyDelete
  5. lela tu lelaki kan

    ReplyDelete
  6. aii ehhh... malu nyer... desperado sgt kot smpai x boleh cri prmpuan yg dpt bertemu muka. cinta internt mcam nie mmng rmai yg penipu. kasihan itu perempuan, gambrnya dgunakan tmpa kebenaran. apapun, ini pengajaran buat semua.

    ReplyDelete
  7. padan muke tak pernah jumpe pon nak tinggi2 kan sangat...
    buat pelajarannnnn..... T_T
    sabar ye asra..

    ReplyDelete