14:21 0

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Putus Tunang Kerana Orang Ketiga?



Terkejut juga kami apabila dengar kisah yang disampaikan sumber terdekat pasangan ini yang mengatakan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose kini sudah tiada apa apa hubungan dan tekad memutuskan pertunangan mereka kerana kemunculan orang ketiga.

Segalanya berpunca kerana hadirnya orang ketiga dalam hubungan mereka dan menariknya, semua ini khabarnya berpunca dari Uqasha Senrose sendiri yang telah menjalinkan cinta lokasi dengan seorang pelakon lelaki lain yang menjayakan sebuah drama dengannya.
 
Nak dijadikan cerita, pelakon wanita itu dah kantoi dengan teman lelakinya. Tak cukup dengan berhubung menerusi Whats App dengan si orang ketiga berkenaan, si aktres yang berusia awal 20-an ni juga dikatakan telah ke rumah 'kekasih barunya' itu. 
 
Bila ditanya, si wanita mengaku malah pihak ketiga juga mengaku mengenai hal tersebut. Berang bukan kepalang lah si pelakon lelaki tadi bila dapat tahu kebenarannya. Ibu bapa si aktres pun turut mengamuk apabila mendapat tahu anak dara mereka belum juga berubah perangai. 
 
Dengarnya, ini bukanlah pertama kali pelakon wanita itu terjebak dengan cinta lokasi kerana pernah berlaku sebelum ini. Tapi dek kerana terlalu sayang, si pelakon lelaki tadi memaafkan kekasih hatinya itu. Bahkan si pelakon lelaki tak kisah pun dengan beberapa perangai buruk dan sejarah hitam si pelakon wanita itu yang sebelum, sebelum ini. Iyalah orang kata, kalau dah suka dan cinta, terima lah seadanya. Kan.
 
Tapi siapa yang boleh tahan kalau kesabaran sengaja diuji. Bila dapat tahu saja buah hatinya itu curang, maka si pelakon lelaki itu berkeras mahu memutuskan hubungan mereka. Si pelakon lelaki itu langsung tak melayan kerenah apatahlagi mohon maaf yang entah ke berapa kali dari teman wanitanya itu.

- Rotikaya & mALAYSIAN DIGEST-


0 comments:

Post a Comment