Searching...
10:34 0

Raja Azmi Selamat Bergelar Isteri Kepada Eddie


Tahniah diucapkan kepada Raja Azmi dan suaminya, Mohd Eddie Ghazali yang selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya tepat 9.18 malam tadi.

Sebelum ini Raja Azmi pernah mendirikan rumahtangga bersama bekas lagenda badminton Malaysia, Jailani Sidek dan bercerai pada tahun 2012. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang anak.




Pasangan ini telah diijab kabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim. Majlis ini berlangsung meriah dan dihadiri hampir 800 orang tetamu.
Pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin RM300 dan gelang tangan emas putih. Berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan.

Tahniah buat pasangan pengantin baru ini semoga kekal selamanya.



0 comments:

Post a Comment