Laporan Rotikaya:
Belum reda isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel yang menjadi perhatian ramai peminat hiburan ketika ini, timbul pula kisah mengatakan Wawa Zainal sebenarnya masih bergelar tunang orang ketika mengahwini Aeril Zafrel.
Kisah ini didedahkan melalui Berita Harian keluarah hujung minggu lalu yang menyebut Wawa Zainal merupakan tunangan kepada seorang jejaka bergelar guru berasal dari Lahad Datu, Abdul Rashid @ Johari Hambali sejak Jun 2010.
“Jujurnya saya tersentak & sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya”
“Tetapi, Wawa terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami — namun saya tidak mampu menutup mulut orang terutama kaum keluarga yang mengetahui kami masih punyai ikatan pertunangan,” ujar jejaka itu yang dihubungi wartawan.
Jejaka ini turut mengakui bertanggungjawab membawa Wawa Zainal menjalani uji bakat di MIG Pictures sebelum aktres itu popular dan tidak dapat berkahwin kerana terikat dengan kontrak yang tidak membenarkan mereka berbuat sedemikian.
“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak — saya berpegang pada janji tapi nampaknya Wawa tidak ingat dengan janji janjinya”
Abdul Rashid menambah yang beliau sudah meminta keluarganya ke rumah keluarga Wawa Zainal untuk memutuskan pertunangan mereka pada Jumaat lalu dan hanya meminta pelakon itu memulangkan cincin dan wang hantaran yang diberikan sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment