Laporan Beautiful Nara:-
Pekin mengakui hubungannya dengan Uqasha sudah tamat dan dia mempunyai bukti bekas tunangnya itu menjalin hubungan sulit dengan Sharnaaz.
Lagi menurut Pekin, ini bukan kali pertama Uqasha melakukan perkara serupa. Kata Pekin:-
Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu.
Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima.
Ya, saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut.
Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja.
Malah Pekin juga sudah menyampaikan pesanannya kepada Sharnaaz agar menjaga Uqasha elok-elok sekiranya memang benar mereka berdua bercinta. Kata Pekin lagi:-
Saya sudah bertekad untuk tidak lagi menerima dirinya setelah apa yang berlaku sekarang ini dan beranggapan tiada jodoh antara kami.
Saya juga berpesan kepada Sharnaaz supaya menjaga Uqasha sebaik-baiknya kalau mereka memang benar-benar bercinta.
Secara jujurnya saya memang berasa sangat kecewa kerana sepanjang menjalinkan hubungan dengannya, saya tidak pernah bersikap curang.
Sepanjang kami bersama, saya berusaha untuk menjadi lelaki yang terbaik kerana saya serius mahu mengambilnya menjadi isteri saya.
0 comments:
Post a Comment