Lagi sekali selebriti Abby Abadi menjadi tumpuan apabila membuat kenyataan membidas kerajaan dalam satu ceramah sempena pilihanraya kecil.
jom layan laporan mStar:
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.
"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.
"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, Sabtu malam.
Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.
Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.
"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.
"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.
kot ye pun,jgn la asik nk tmbak org je.dose gak 2 mghasut org...
ReplyDeleteDosa dan pahala..hya Allah swt shj yg berhak menjatuhkan hukuman
ReplyDeletemenghasut dan menfitnah tu lg besar dosanya.. fikir2 la dulu abby sblm nak bercakap.. cakap mcm org low grade.. dalami dulu ilmu agama br blh nak pertikai mana betul mana salah... br je kenal tudung dh gah bercakap itu ini.. belajar dulu br la bila kita bercakap org xleh nak potong disebabkan kebenaran pada kata2 kita.. Wallahua'lam..
ReplyDeleteBahaya tue abby... memfitnah itu berdosa. Jangan kerana kamu gagal dalam kehidupan kamu, kamu menyalahkan orang lain. Keimanan bukan datang dari orang lain tapi datangnya dari hati sendiri. Hidup seseorang itu atas pilihan masing2 dan jika kehidupan seseorang itu berlandaskan ketakwaan maka apa jua dia lakukan akan difikirkan baik dan buruknya kepada diri sendiri jadi bukan salah orang umno atau orang lain yang telah menyebabkan kamu terpesong dari akidah!!kamu yang memilih jalan itu dahulu. Insaflah!
ReplyDelete