23:47 8

Zizan Komen Tentang Jozan Berpecah



Zizan Komen Tentang Jozan Berpecah

Zizan Razak dan Johan merupakan gandingan paling mantap dan popular di Malaysia buat masa sekarang. Hanya gandingan duo Jambu dan Sepahtu sahaja dilihat mampu menggugat mereka jika bersaing dalam pentas pertandingan hiburan lawak.

Dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega dijangka bakal tiba, Sepahtu dan Jambu telah hampir pasti menyertai pertandingan itu, namun ada ura-ura mendakwa kumpulan duo Jozan kini tidak lagi rapat dan mempunyai masalah dalaman.

Cerita ini pasti menyedihkan namun Zizan Razak tampil memberi kenyataan:

"Kami tiada apa-apa masalah cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja, waktu kerja pula berbeza, kebiasaannya masa dia tidur, saya baru bangun.

"Tapi kami sering berhubung dan bertanya perkembangan cuma akhir-akhir ini mungkin kurang digandingkan di televisyen," katanya kepada mStar Online.

"Kalau ada promosi di radio atau televisyen di Astro saya akan ambil kesempatan untuk bertemu dia.

"Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu," katanya.


Lega mendengar penjelasan dari Zizan. Sememangnya Johan dan Zizan sibuk dengan kerjaya masing-masing, Johan di konti radio, menyertai Super Spontan dan mengacara Propaganza, manakala Zizan pula sibuk dengan pengacaraan AF2013 dan Melodi.

HOTLIPS: tak sabar nak tonton Maharaja Lawak musim baru, dengar-dengar banyak yang otai masuk, seperti JAMBU, SEPAHTU ( yaaayy, my fav) , NABIL (solo) , BOBOI, dan MAMAT SEPAH berganding dengan Arerain. Tapi belum rasmi lagi senarai peserta..tunguuuuuu..

8 comments:

  1. yeh Sepahtu ada....tp JOZAn mana leh masuk lagi diorang dh memang tahun lepas....x adil ar nanti...huhuhu

    ReplyDelete
  2. laa ingatkan btl btl nk berpecah -.-

    ReplyDelete
  3. ye lar...jozan mmg x leh masuk kan..diorg dah menang last year..ape2 je lar..suke buat cerita...

    ReplyDelete
  4. suka hati nk bt cerita. aihhhhhh ,agak2 laaa

    ReplyDelete
  5. eh? sepah sebelum ni pun menang jugak. Abon yang lepas pun masuk. Os yang ni pun masuk. jadi? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sifir dia.. dorang boleh masuk tp takleh gabungan yg same.. sepah menang maharajalawak.. osbon n jozan menang maharaja lawak mega.. tahum lepas abon ngn satiya.. jd sabon.. os kan gabung ngn isma jd osama thn ni.. yg da juara takleh bertanding lg.. sbb tuh jambu dan yg lain2 masih ada.. rajiiiiiiiinnn aku bercerita... hehe

      Delete
  6. sebenarnye boleh je nk masuk blk..ikut diorg..sbb peserta yg diorg lawan kan lain2.. diorg mgkin nak bagi peluang kt peserta lain tahun ni.. tahun dpn jozan boleh masuk blk kalo diorg nak.. dan itu jugak yg peminat jozan harapkan kan? =)

    ReplyDelete