15:34 1

5 Pelajar Tunjuk Isyarat Lucah Dan Hina Buku Teks Sejarah Malaysia



Satu gambar kontroversi yang mengejutkan telah tersebar hari ini di laman sosial Facebook. Seramai 5 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tarat di Serian di  Sarawak telah menghina dan memperlekehkan buku teks subjek Sejarah Tingkatan 4 dengan menggunakan isyarat lucah.

Mereka menunjukkan jari tengah mereka di atas sebuah buku teks bertajuk Sejarah Tingkatan 4 sebagai tanda membenci subjek tersebut. Pelajar itu menggunakan akaun Facebooknya bernama Lonely Lai. Perbuatan ini menimbulkan perasaan kurang senang kepada banyak pihak yang sekaligus bererti mereka seperti menghina sejarah Malaysia.

Subjek Sejarah biasanya dianggap sebagai subjek yang bosan kerana banyak perkara serta fakta yang perlu diingat tambahan pula mereka terpaksa belajar mengenai sejarah kemerdekaan negara dan juga pembangunan Malaysia. Asal usul pelbagai kaum dan sejarah pembentukkan Malaysia dapat dipelajari melalui subjek ini tentunya tidak menarik perhatian pelajar seperti mereka.

Dari foto di Facebook juga, Lonely Lai ini boleh dikategorikan budak-budak baru nak up yang perlukan perhatian sekaligus terjerumus ke kancah masalah sosial. Contohnya gambar dia dan dengan teman wanitanya, Lonely dah pun bercium mulut biarpun percintaan baru masuk dua bulan.



1 comments:

  1. budak2 ny banggang...naseb baik menteri pelajaran cakap mata pelajaran sejarah wajib lulus kira ok pe....law menteri pelajaran wajib kepujian mata pelajaran sejarah lagi haru...kan da kene tambah beban baca fakta sejarah tanah melayu

    ReplyDelete