15:03 1

Ikon Kucing, Hero Sudah Pergi Selamanya




Hero Sudah Mati


Kucing yang popular akibat dipotong 2 kakinya, Hero kini telahpun mati dan pergi buat selama-lamanya.

Menurut Geng KakiMotong, Haire atau Papa Hero, kucing tersebut mati akibat jangkitan leukemia kucing.

Dari status FBnya (pada minggu lepas):

" Ini adalah keputusan ujian darah Abam Iyo smlm.

Yang sebelah atas tu adalah utk ujian Leukimia ( FelV ) dan yg sebelah bawah tu ialah ujian utk HIV ( FIV )

99% keputusan ujian Abam Iyo adalah menunjukkan positive Leukimia berdasarkan ada 2 jalur (1 jalur tak kuar habes lagi masa ni) garisan di atas slide penguji..."


Kemudian pada hairini 24 November beliau mengumumkan kematian Hero:


Pengumuman melalui status FBnya:


"maaf, abam (Hero) dah takde"

"Pelukan terakhir dari Ayah utk Iyo..Ayah akan kenang jasa Iyo sampai bila2...
Nota PH : ada keajaiban telah berlaku pd jasad suci Abam Iyo..nnti PH citer kat blog...PH akan dedahkan liku2 kehidupan suka dan duka PH semasa hayatnya masih ada...maafkan PH jika gambar ini merosakkan hujung minggu anda
.
"


Maka berakhirlah kehidupan seekor kucing yang menjadi ikon kepada penyelamat kucing dan pencinta haiwan. Namun kesan dan jasa kucing yang istimewa ini akan sentiasa diingati.



 carian: hero meninggal, kakimotong, kucing hero mati,
  


1 comments:

  1. hero...kau ditemui menitikkan air mata kami..dikau pergi tetap menitikkan air mata kami....

    ReplyDelete