Searching...
10:08 0

Pelakon Tayang Body


Pelakon yang popular dengan kontroversi, Ammar Alfian akui memuatnaik gambar tidak berbaju dan memperlihatkan badan ketaknya adalah untuk mencari pelanggan.

Ammar Alfian kerap memuatnaik gambarnya sedang membuat senaman di gym dan ada yang tertanya-tanya kenapa beliau sering berbuat demikian, adakah untuk publisiti murahan? Rupa-rupanya Ammar kini merupakan jurulatih gym peribadi. Jadi gambar-gambar itu adalah untuk menarik perhatian pelanggannya.

"Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online

Ammar juga nekad untuk berehat dari dunia lakonan dan menyambung pelajarannya dalam bidang fisioterapi.

"Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman.

"Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat."katanya lagi.





0 comments:

Post a Comment