19:08 0

Review : Hospital Pakar MUIP, Kuantan

Ini adalah pengalaman pertama admin Hotlips melahirkan anak sulung di Hospital Pakar MUIP, Kuantan. Maklumlah pertama kali akan menjadi seorang ibu.

Kenapa admin memilih untuk bersalin di Hospital ini?Yang pertama, ini adalah kerana Kuantan merupakan kampung kelahiran admin dan bagi memudahkan proses berpantang di rumah emak.

Sebab yang kedua adalah Hospital Pakar MUIP ini bercirikan islamik dan admin memang berhajat bersalin dengan doktor perempuan.

Berdasarkan kos bersalin disini amat berbaloi kerana jika kelahiran normal harganya dalam lingkungan RM 2000- 3000  untuk 2 hari 1 malam sahaja manakala bagi kelahiran melalui pembedahan anggaran kos ialah RM 3000 - 8000 bagi 3 hari 2 malam.

Harga kos bersalin adalah sama, apa yang beza hanyalah harga bilik wad. Admin telah meginap di wad single room kerana inginkan privasi dan keselesaan. Terdapat 3 jenis bilik yang terdapat di hospital ini. Antaranya ialah VVIP room, single room dan  juga double sharing. Layanan staff disini amatlah memuaskan dan doktor yang telah menyambut kelahiran bayi admin juga amat baik dan lemah lembut.

Admin bersalin secara normal dan bil hospital yang dikenakan ialah sebanyak RM2649 termasuk kos rawatan bersalin, bilik, ubat-ubatan dan makanan. Jika anda atau isteri anda yang ingin bersalin dalam keadaan selesa boleh lah pergi ke hospital ini. Admin amat berpuas hati dengan pengurusan hospital ini termasuklah servisnya, suasana dan harganya.

Rating Hotlips  bagi hospital ini ialah :-

Servis : 10/10
Harga :  9/10
Keselesaan : 9/ 10





baby boy 2.29kg

hamper dari pihak hospital


carian: kuantan , review hospital pakar MUIP, hospital swasta kuantan , tempat bersalin di kuantan, hospital bersalin kuantan , bersalin di kuantan, bersalin di kuantan, MUIP ,

0 comments:

Post a Comment