09:17 0

Pengacara Saman Peminat



Jika anda penonton setia rancangan Selamat Pagi Malaysia, pasti anda mengenali pengacaranya bernama Iesya Toh. Walaupun tidak sepopular pengacara seperti Ally Iskandar, Iesya tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Namun yang terbaru dikatakan beliau bakal menyaman seorang peminatnya.

Jom baca lanjut laporan mStar Online:

Penyanyi dan pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM Iesya Toh memberi tempoh dua hari bermula Khamis kepada individu yang telah menyebarkan fitnah terhadapnya agar tampil memohon maaf secara terbuka.

Iesya atau nama penuhnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 29, berkata, tindakan saman akan diambil jika individu yang juga pengikut Twitter miliknya gagal berbuat demikian.

"Dia fitnah saya di laman sosial Twitter dengan mendakwa saya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang kenamaan dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

"Pada asalnya dia mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan maki hamun saya serta memporak-perandakan kelab peminat saya selepas dia tidak dijemput untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan kelab peminat saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.


Iesya berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya dan akan mengumpulkan beberapa bukti untuk mengheret individu tersebut ke muka pengadilan sebagai memberi pengajaran kepadanya.

"Dia menggunakan nama Nursyuhada dalam akaun Twitternya dan pada asalnya berpura-pura sebagai peminat namun lama kelamaan dia mula membuat onar dan menghasut peminat saya dengan memburukkan saya.

"Saya ingin dia hentikan tindakan dia yang suka membuat fitnah yang turut dilakukan kepada Hanez Suraya dan artis-artis yang lain," katanya.

Sementara itu, Iesya berkata, dia telah membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut di Balai Polis Kelana Jaya di sini pada petang Rabu.

Jelas Iesya, fitnah tersebut telah menjatuhkan maruah dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

0 comments:

Post a Comment