22:20 8

Teguran ustazah Zawiyah kepada Rozita Che Wan



Teguran ustazah Zawiyah kepada Rozita Che Wan


Teguran ustazah Zawiyah kepada Rozita Che Wan. Pendakwah bebas dan juga seorang ustazah yang popular telah menegur upacara perkahwian secara besar- besaran termasuk tajaan secara melampau.

Menurut pandangan pendakwah bebas, ustazah Zawiyah, bagaimana ingin dapat keberkatan jika sebelum berkahwin, kita sudah melakukan perkara yang tidak disukai Allah iaitu hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.

Itu tidak termasuk trend terkini bagi pasangan sebelum berkahwin untuk mengabadikan gambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan. Ini juga teguran ustazah Zawiyah kepada Rozita Che Wan yang boleh diaplikasikan kepada semua bakal pasangan pengantin. Stop It !!!

Katanya, hukum kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membimbangkan apabila perkahwinan besar-besaran hingga berlaku pembaziran seolah-olah menjadi trend ketika ini sedangkan pada masa sama terdapat ramai lagi orang yang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, perkahwinan yang terbaik ialah sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Jangan buat kenduri untuk kepuasan diri kerana manusia memang tidak pernah puas. Ada yang berkata ini juga merupakan sedikit sebanyak teguran ustazah Zawiyah kepada Rozita Che Wan yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya.



8 comments:

  1. Rozitaa che wan... takutlah dgn kemurkaan Allah...hidup ini tidak lama...anda membazir dgn harta yg dimiliki sedangkan ramai ISLAM di luar sana yg mati kebuluran..

    ReplyDelete
  2. Alangkah bagusnya jika duit beribu2 itu digunakan utk melakukan kebaikan utk umat islam sejagat...rezeki yg kita terima dr hasil titik peluh..bukanlah milik peribadi....ia milik
    mutlak Allah... Allah suruh kita share dgn org lain.. sbb itu adanya istilah zakat , wakaf dan
    sedekah jariah...sebahagian dr rezeki adalah utk diri sendiri .. sebahagiannya utk org lain yg memerlukan... bersederhsnalah dlm berbelanja.. insyaallah mendapat keberkatan dr Allah....

    ReplyDelete
  3. sila save blog nie untuk kita buat rujukan..seperti mana budak yg kawen umur 12 taun tue...

    ReplyDelete
  4. SAYA SETUJI BENAR,PENDAPAT USTAAH....ROZITA TERLALU RIAK.ENTAH APA YG YG DIBANGGA KAN...???HIDUP KITA BUKAN SELAMA NYA NYA,,,,MASA KITA TERLALU SINGKAT...BUAT LAH AMAL,UNTOK BEKALAN KITA DI HARI MUKA...KALAU TAKUT KAN SEDEKAH YG BANYAK,SEDEKAH SEJADAH,ATAU ALQURAN...TU PUN SUDAH MENCUKUPI...MAAF,SAYA GUNA KATA YG KASAR...OTAK JANGAN MATI LAH ROZITA....
    ..

    ReplyDelete
  5. MAKSUK SAYA,SAYA SETUJU PENDAPAT USTAAH..

    ReplyDelete
  6. Lbh afdal sedeqahkn wang utk mangsa banjir

    ReplyDelete
  7. mereka nie sebenarnya mangsa keadaan kepada pereka-pereka fesyen dan penganjur yang lain..so jgn lah menuduh sebarangan kepada pasangan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... i agree w u.. im sure thr are so many who sponsor their wedding... hmm dosa tau klau tuduh tanpa usul periksa. Kan...?

      Delete