14:58 8

Tips Kebahagian Suami Isteri

Tips Kebahagian Suami Isteri Dari Hotlips Corner


Hari ini terdetik untuk membaca satu entri dari salah satu blog yang hebat di Malaysia, iaitu blog DENAIHATI [klik sini]. Banyak ilmu dan manfaat jika kita melayari blog tersebut.

Di sini dengan pengalaman melayari bahtera perkahwinan selama 3 tahun, admin Hotlips ingin berkongsi sedikit sebanyak tips kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri. Walaupun usia perkahwinan selama 3 tahun ini boleh dianggap masih baru tetapi admin telah mengamalkan beberapa tips yang mampu memberi nafas kesegaran dalam perkahwinan.

1) Toleransi:
Apabila berkahwin, kita akan hidup sebumbung dan berkongsi perjalanan hidup dengan pasangan kita. Ini akan menjadi titik permulaan untuk kita bersikap toleransi. Sikap toleransi dan bertolak ansur amat penting untuk mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran. Sikap ego dan pentingkan diri sendiri hanya akan memusnahkan kebahagiaan rumahtangga. Jika berlaku salah faham atau perbincangan, apa salahnya kita mengalah dan menggembirakan pasangan kita. Jangan hanya fikirkan diri sendiri sahaja. InsyaAllah jika suami isteri mengamalkan sikap toleransi ini, setiap perbincangan akan lancar tanpa berakhir dengan persengketaan.

2) Menghargai & Melayan Pasangan:
Melayan pasangan kita merupakan satu elemen yang penting untuk mengukuhkan hubungan suam isteri. Layanlah pasangan anda dengan lemah lembut, dan penuh kasih sayang. Walau sesibuk manapun kita, contohnya jika bekerja lebih masa atau outstation, jangan lupa bertanya khabar, menelefon atau paling senang menghantar pesanan ringkas kepada pasangan. Ini akan membuat pasangan berasa sentiasa dihargai dan seterusnya menyemai perasaan cinta.

3) Membantu pasangan dalam urusan rumahtangga:
Ini adalah antara yang admin dan suami amalkan. Memang urusan rumahtangga sinonim dengan tugasan sang isteri, namun jika pasangan suami isteri saling bantu membantu dalam urusan rumahtangga, ikatan perkahwinan akan bertambah kuat. Percayalah si isteri akan bertambah sayang jika suami sering membantu di dapur. Apatah lagi jika mempunyai anak, apalah salahnya jika suami isteri bergilir-gilir menjaga anak, dan tiada salahnya jika suami anda turut membantu urusan didapur. Masakan suami admin memang sedap!

4) Kejutan & Romantik:
Apa salahnya anda sebagai seorang isteri memberikan kejutan istimewa buat sang suami yang penat seharian bekerja dengan memberi urutan manja yang dapat melegakan stress suami ditempat kerja. Suami juga boleh membeli barang kemas atau barang-barang kegemaran isteri sebagai hadiah tanpa perlu menuggu tarikh tertentu seperti hari jadi, ulangtahun perkahwinan atau bonus. Memberi hadiah sebagai kejutan akan menyebabkan keterujaan kepada pasangan. Hadiah yang tidak mahal pun tak apa. Bunga, coklat dan apa saja yang diminati pasangan dan mampu menzahirkan sifat romantik boleh mengekalkan kebahagian rumahtangga. Situasi ini amat penting kerana masakini pasangan hanya menunjukkan sifat romantiknya ketika bercinta tetapi selepas berkahwin ianya hilang entah kemana.

5) Komunikasi dan Agama:
Ini adalah tip asas dan paling utama dalam semua bentuk perhubungan. Komunikasi dan pegangan agama. Komunikasi yang baik memang penting bukan sahaja dari percakapan tetapi juga perbuatan. Pegangan agama menjadi teras dan asas perhubungan dan dalam kehidupan. Dalam Islam, kita kena tahu di mana letaknya taraf seorang isteri dan juga apa tanggungjawab suami. Jika kita selami dan mengamalkan ajaran yang diperintahkan, insyaAllah hubungan akan berkekalan.

Itu sajalah sedikit sebanyak tip dari admin Hotlips. Semoga anda dapat sedikit manfaat darinya.


carian:
- Tips Kebahagian Suami Isteri
- cara bahagia suami isteri
- Tips Kebahagian Suami Isteri berkekalan

8 comments: