Adi Putra Dan Skandal Berperang Di Sidang Media
Semalam Adi Putra telah membuat satu sidang media di PWTC untuk memaklumkan keputusan dan status terkini kes penyebaran gambar terlampau kepada seorang wanita yang juga dikatakan skandal Adi Putra. Wanita itu juga merupakan isteri orang.
Adi Putra telah menyatakan keputusan dari siasatan polis tidak akan disusuli atau No Futher Action. Pendek kata kes ini boleh diklasifikasikan sebagai sudah ditutup.
Namun begitu, hari ini pula, skandal Adi Putra, wanita bernama Nooraida, telah membuat pula sidang media untuk membalas kenyataan Adi Putra. Sidang media ini diadakan bersama suaminya bernama Amiruddin dan peguamnya.
Suami Noraida, Tuan Hj Amiruddin berkata beliau akan membuka semula kes tesebut atas banyak faktor termasuk ketidaktelusan dalam penyiasatan dan tiada kerjasama dari Adi Putra ketika siasatan.
Pegawai polis yang menjalankan kes Adi Putra juga dikatakan tidak profesional dan bertanya soalan yang tidak relevan kepada Noraida.
Selepas sidang media, mereka terus ke pejabat polis untuk membuat laporan polis. Kini pihak dari skandal Adi Putra inginkan siasatan baru dan pegawai baru yang lebih telus untuk membuat siasatan.
0 comments:
Post a Comment