11:15 0

Pelajar Ditemui Mati Tergantung Di Tandas


Pelajar Ditemui Mati Tergantung Di Tandas 


Seorang pelajar ditemui maut tergantung di tandas di Maahad Tahfiz Kok Lanas, Kota Bahru, Kelantan.

Bau busuk yang menusuk menyebabkan penyelia membuat pemeriksaan di tandas. Apabila mendapati sebuah tandas terkunci dari dalam, beliau memanjat untuk melihat dan membuka pintu tandas tersebut dan terkejut dengan penemuan mayat yang tergantung.

Hasil siasatan pihak polis dapat mengenalpasti pelajar tersebut tidak pulang ke kampung halaman sejak 7 Disember dan telah menghubungi keluarga untuk membuat pengecaman.

Pihak keluarga telah membuat pengecaman dan juga telah mengesahkan barang kepunyaan mangsa seperti pakaian dan juga cermin  kaca mata.

Kes ini masih disiasat polis di sekolah Kok Lanas.




0 comments:

Post a Comment