10:27 1

Banjir di Kuantan


Banjir di Kuantan  


carian:
gambar Banjir di Kuantan
Banjir di Kuantan tinggi
berita Banjir di Kuantan 

Fenomena banjir yang paling teruk terjejas di kawasan pantai timur ialah Kuantan yang telah mencatat angka mangsa mencecah 20,000 mangsa. Kebanyakan mangsa banjir dipusat penempatan dan juga yang berada dirumah dua tingkat masih tidak mendapat bantuan dari segi makanan mahupun peralatan. Memang teruk Banjir di Kuantan kali ini.

Keluarga admin sendiri turut terjejas dengan banjir. Rumah kami di Permatang Badak sama sekali tengelam manakala rumah di belakang Restoran Zaman paras pinggang manakala di Cenderawasih paras dada dan mereka sudah dipindahkan. Kepada sesiapa yang mempunyai keluarga dan rakan -rakan di Kuantan silalah hubungi mereka dan ikuti perkembangan mereka.

Kuantan mencatat rekod terburuk banjir selepas tahun 2001. Ramai mangsa yang terdiri daripada warga emas, kanak-kanak dan wanita yang turut terjejas dan amat memerlukan bantuan dari pihak luar. Kebanyakan mangsa bergelap, berlapar dan juga tinggal sehelai sepinggang.

Keadaan cuaca di Bandar Kuantan dikatakan mulai cerah dan air sudah mula surut tetapi dikebanyakan tempat seperti, tanah putih, sg. isap, permatang badak, paya besar,taman guru dan sekitarnya air masih dalam dan merbahaya. Di laporkan juga terdapat 2 orang kanak-kanak telah menjadi korban lemas.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya bencana alam ini ( Banjir di Kuantan  ) cepat pulih dan kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan sila hubungi pihak terbabit. PRAY FOR KUANTAN.












1 comments:

  1. tudia....moga2 xda apa2 kejadian yang tidak diingini

    ReplyDelete