15:59 2

Pemuda mati dipukul

Pemuda berusia 20 tahun mati dibelasah oleh empat orang pengwal masjid kerana mencuri tabung masjid tersebut yang terletak di Pandan Indah.

Mangsa yang dikenal pasti ialah Shahreza Fauzi yang dikatakan telah dibelasah oelh empat pengawal terbabit pada pukul 4.30 pagi pada hari selasa kerana mencuri tabung derma.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan akibat teruk dibelasah namun telah meninggal dunia sebelum tiba.


Mayat mangsa kemudianya di hantar ke HKL ( Hospital Kuala Lumpur ) untuk dibedah siasat. Punca kematian belum dikenal pasti.

Rakan mangsa memberitahu bahawa Shahreza tinggal bersama ayah tirinya selepas kematian ibunya pada 5 bulan yang lalu. Mangsa kematian bapa pada usia yang muda.




2 comments:

  1. Hukum mencuri potong tangan. Kenapa sampai hukum bunuh?

    ReplyDelete
  2. hebat sgt ka smp nk bunuh org???bayangkn klu kna kt anak sendiri mcm mna???

    ReplyDelete