11:19 0

Dira Abu Zahar Gugur



Dira Abu Zahar Gugur 


Pelakon genit yang telah mendirikan rumahtangga buat kali kedua, Dira Abu Zahar telah menerima berita sedih apabila disahkan keguguran.

Pelakon itu sebenarnya tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil dan kecewa apabila disahkan gugur kerena sememangnya berhasrat menimang cahaya mata.

Dira Abu Zahar sememang perasan beliau lewat datang bulan tetapi tidak menyangka rupa-rupanya sedang hamil dan ketika keguguran beliau telahpun hamil 6 minggu.

Walaupun kecewa Dira Abu Zahar tetap redha dengan ketetapan Ilahi dan menganggap tiada rezeki. Beliau juga berkata mungkin faktor bekerja terlalu kuat menjadi punca keguguran. Dira Abu Zahar berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati. 

Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan dariNya. Semuanya ada hikmah belaka. 

0 comments:

Post a Comment