Kisah Mengarut Juri MLM 2013
Tajuk memang keras tetapi itulah hakikatnya. Pemilihan juri tahun ini amat tidak padan untuk program 'paling popular' di Malaysia ini.
Boleh dikatakan pemilihan juri kononnya mewakili suara para penonton iaitu bukan dari bidang lawak secara profesional. Sebab itu juri datang dari pelbagai bidang yang berbeza.Sepanjang minggu program ini berlangsung, hanya Boboi yang berani melafazkan kebenaran juri-juri yang langsung tidak mewakili suara rakyat Malaysia.(walaupun Boboi kurang lawak..haha)
Tersinggung, oh awak memang langsung tak layak wahai Nora Danish. Jika tersinggung dengan lawak para peserta, lebih baik kamu angkat kaki dari Maharaja Lawak Mega. Tak pernah tonton pentas realiti Lawak kah? Dari Zaibo sebagai juri Raja Lawak hinggalah Awie sebagai juri Maharaja Lawak 2013, langsung mereka tidak melatah sedangkan dibahan lagi teruk.
Luna Maya? Apakah bintang pelakon video melampau bersama Aril ini buat di Malaysia. Oh lupa, Malaysia suka mengangkat martabat stupid people menjadi popular. Oh saya tak mengata Bobo, Puteri Awani atau Syasya Solero. Luna Maya dihentam teruk di Indonesia, namun di Malaysia dia menjadi bintang juri rancangan terhebat di Malaysia. Sedangkan dia langsung tidak paham dengan bahasa Malaysia dan lawak peserta. Komen hentam sajalah. Pemilihan juri ini merupakah sampah terteruk dari ladang. Dengan gaya mengada yang menggelikan, inilah contoh juri tangkap muat. POHON HENTIKAN JURI DARI INDONESIA SEBAB ORANG INDONESIA TAK TENGOK MAHARAJA LAWAK MEGA. True Story.
Sementara itu juri dari Singapura boleh lagi diterima kerana memang ada orang Singapura menonton rancangan Maharaja Lawak ini. Namun Sheikh Heikal seperti juri yang belum cukup berani menghentam bintang jika tidak lawak. Mungkin dialah yang Mr Os cakapkan, puji melambung tapi bagi bintang sedikit. Mungkinlah.
Dato Yusof Haslam memang boleh diharap pada mulanya tetapi minggu demi minggu dia seperti konfius dengan populariti atau lawak jenaka. Kriteria bintang juga seperti teragak-agak.
Persembahan lawak gila dari Wala dan Bocey juga hanyalah sama taraf dengan lawak biasa dari Jambu, Boboi iaitu 3 bintang. Apakah?
Antara bekas juri terbaik dari Maharaja Lawak tentulah Chef Wan dan Najip Ali. Mereka berani menyuarakan KEBENARAN. Jujur dari hati. Kalau rasa tak best cakap lah tak best bagi sahaja kosong bintang atau tahi bintang. Kalau peserta terasa padan muka. Dah memang tak best. Haha.
p/s: tulisan ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. :)