09:39 0

Ini Hal Peribadi Saya - Rosyam Noor



Ini Hal Peribadi Saya - Rosyam Noor


Di dalam sebuah akhbar terpampang 3 gambar kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit. Artikel itu menulis dan mendakwa Rosyam Nor memiliki 3 kereta mewah bernilai hampir RM 8 juta. Wow hebat. RM 8 juta tu kereta Rosyam Nor.

Menerusi satu temubual, Rosyam Nor berkata bahawa milik siapa kereta itu tidak patut dipersoal kerana ianya melibatkan hal peribadinya. Rosyam Nor juga menambah jika beliau mempunyai kereta mewah tersebut adakah ianya salah?

3 kereta yang dikatakan milik Dato Rosyam Nor ialah sebuah kereta Mclaren, dan 2 buah kereta Aston Martin. Jika dilihat, sebenarnya kereta Rosyam Nor ini merupakan kereta yang hanya mampu dibeli oleh jutawan sahaja.

Rosyam Nor sebagai pemilik dan penerbit Suhan Movied & Trading sememangnya mampu membeli kereta-kereta mewah itu. Dia memang berusaha dari bawah. Jadi tak perlu lah persoalkan. Setiap masa ada sahaja job atau drama yang dimainkan di televisyen, mestilah dia mampu kan.

Persoalan adakah benar kereta mewah itu merupakan kereta Rosyam Nor masih menjadi teka-teki. Rosyam Nor tidak menafikan dan mengiyakan dakwaan tersebut.



0 comments:

Post a Comment