20:43 1

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru


Assalamulaikum, salam sejahtera serta salam satu malaysia.

Kebanyakkan remaja muda-mudi zaman ini termasuklah golongan dewasa lebih suka melayari intenet dengan menggunakan telefon bimbit pintar  atau dikenali sebagai 'smartphone' dalam bahasa inggrisnya. Rata-rata pengguna 'smartphone' ini kebayakkannya melayari internet untuk mengakses Facebook, Instagram, BlackBerry Mesenger (BBM) untuk android, We Chat dan tidak kurangnya melayari blog. Kini saya perkenalkan aplikasi Denaihati Network.

Dengan lambakan aplikasi menarik dan yang terdapat  di Google Play, pengguna telefon bimbit pintar dengan senang dapat memuat turut apa jua aplikasi yang dirasakan menarik dan bagus. Semasa sedang asyik memuat turun aplikasi di Google Play saya ternampak satu aplikasi terbaru yang diberi nama Denaihati Netwok. Setelah diteliti rupanya aplikasi ini merupakan aplikasi dari blog Denaihati yang baru sahaja memenangi Awards di Blogrr 2013, kategori Best Personal Blog.

Apa yang menarik apabila saya menggunakan aplikasi ini ialah, ia memudahkan saya mengikuti perkembangan Denaihati dengan lebih mudah. Jika sebelum ini saya harus menggunakan khidmat google untuk mengetahui perkembangan terbaru Denaihati, kini tidak lagi. Hanya perlu layari aplikasi ini.

Aplikasi ini mempunyai link facebook, youtube, twitter dan juga RSS feed hanya dalam satu aplikasi dan kini saya lagi mudah untuk membaca blog Denaihati tanpa perlu membuka laptop. Bak kata orang, aplikasi di hujung jari. Kandungan artikal Denaihati sememangnya banyak manfaat dan padat dan itu tak dapat disangkal lagi jika tidak masakan blog ini memenangi Best Personal Blog di Blogrr Awards.

Jom lihat aplikasi tersebut:

 Dah siap muat turun aplikasi Denaihati Network. Logo Denaihati dengan warna hijau yang cantik.


Ini merupakan paparan yang akan keluar setelah kita melayari dan membuka aplikasi tersebut. Semua entri terkini akan terpapar dan boleh di baca disini. Warna hijau sebagai warna dominan amat cantik dan kemas.
Ini pula bahagian Facebook. Semua update di facebook milik Denaihati Network akan terpapar di sini. Oleh itu segala status terkini Denaihati di facebook dapat dilihat di ruang ini.


Bahagian ketiga ialah Youtube. Segala video yang dimuatnaik boleh ditonton di sini. Mudah untuk melihat video dari Denaihati.


Bahagian paling kanan pula ialah ruangan Twitter. Untuk ruang ini pula, tweet terbaru dari akaun Twitter Denaihati akan secara automatik dapat dibaca di sini. Jadi mudahlah kita untuk mengetahui tweet terbaru dari Denaihati.

Apa yang paling best ialah aplikasi ini tidak berat dan begitu lancar ketika dilayari. Ianya juga mudah digunakan. Aplikasi ini juga free sahaja, tiada pun bayaran dikenakan. Bak kata Denaihati "Hidup Untuk Memberi".

Secara keseluruhan aplikasi ini wajib dimuat turun ke telefon bimbit pintar anda. Saya bagi 5 bintang!




1 comments:

  1. Billion terima kasih kerana sudi sertai kontes review aplikasi android denaihati terbaru dan semoga sukses.

    ReplyDelete