12:13 1

Kakak Johan Asari Dedah Perkara Sebenar



Kakak Johan Asari Dedah Perkara Sebenar


Kakak kepada Johan Asari menafikan bahawa keluarga menghalang percintaan Johan Asari dan Lana Nordin sehingga Johan membuat keputusan untuk berpisah dengan Lana Nordin.

Kakak Johan bernama Farah berkata kepada Berita Harian bahawa keluarga memang tidak menghalang tetapi menyuruhnya mengenal hati budi Lana dan membawa Lana berjumpa keluarga. Ini kerana mereka tidak pernah bertemu Lana tetapi Johan sudahpun mengambil keputusan untuk mengahwininya.

Katanya pihak keluarga tidak pernah memberi tekanan kepada Johan Asari untuk membuat keputusan dan terkejut setelah Johan berpisah dengan Lana.

Kakaknya juga berkata Johan Asari tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarga.

1 comments: