Kes Bunuh 3 Beradik, Teman Lelaki Mangsa Diburu Polis
Kes bunuh yang menggemparkan di Kedah, iaitu kes kematian misteri 3 beradik kini dalam siasatan polis.
Ketua polis Kedah berkata kini pencarian teman lelaki mangsa yang berumur 14 tahun, Norsyafika Nadia sedang dibuat.
Polis berkata kemungkinan teman lelaki itu kini mungkin berada di Perlis. Kenyataan teman lelaki tersebut diperlukan untuk membantu siasatan.
Buat masa ini siasatan masih berlangsung dan sebarang tangkapan belum dibuat.
Sementara itu bedah siasat 3 beradik itu juga telah dibuat pagi tadi untuk memastikan apa punca sebenar yang menyebabkan kematian tragis tersebut.
Terdahulu, 3 kanak-kanak ditemui mati di tempat berasingan setelah keluar dari rumah menaikki motor ayahnya untuk ke rumah rakan.
Polis menggesa jika ada saksi yang ternampak kejadian agar tampil dan memberi kenyataan agar kes ini dipermudahkan siasatannya.
Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
ya Allah sayu sungguh bila dengar citer nihh..ya Allah kau beri la pertunjuk pd mereka yg melakukan kekejaman ini..dan pada ibu bapa diluar sana diminta sgt2 agar pantau anak2 kite walau dimana mereka berada dan kemana mereka pergi,itu adalah tanggungjawap kite sbagai ibubapa..
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/Sabun-Vitamin-A-C-E/590697914318733
ReplyDelete