17:49 0

Zed Zaidi Gila - Dayangku Intan



Zed Zaidi Gila- Dayangku Intan


Pada majlis AIM 2013 yang lalu, seorang penyanyi yang pernah bertanding sebagai wakil rakyat parti pembangkang, Dayangku Intan telah membuat persebahan penutup bersama "otai" yang lain seperti Jay Jay, Khadijah Ibrahim dan Zainal Abidin.

Persembahan itu merupakan antara yang terbaik pada malam AIM 2013 selain persembahan Siti Nurhaliza. Namun begitu, kehadiran Dayangku Intan telah ditempelak dan dipersoalkan hanya kerana dia berlainan idealogi politik dan tentunya Zed Zaidi adalah salah seorangnya.

Ini merupakan jawapan Dayangku Intan:

Tegas penyanyi popular era 80-an itu, politik dan nyanyian merupakan dua perkara berbeza dan dia ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut.
“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.
“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Dalam hal ini, saya menyokong kenyataan Dayangku Intan. Memang ada betulnya kata Dayangku Intan itu. Tak perlulah mengaitkan persembahan nyanyian dengan politik. jika itu sudah tersurat rezeki Dayangku Intan untuk membuat persembahan apa salahnya.



0 comments:

Post a Comment