Showing posts with label zed zaidi. Show all posts
Showing posts with label zed zaidi. Show all posts
10:28 0

Komen Balas Zed Zaidi Kepada David Teo

Komen Balas Zed Zaidi Kepada David Teo



David Teo telah dikecam orang ramai ekoran kenyataannya yang menggunakan P Ramlee sebagai contoh artis yang miskin. (BACA KENYATAAN DAVID TEO DI SINI)

Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi turut mengkritik David Teo dan mahu prduser ini memohon maaf secara terbuka.

Ini komen Zed Zaidi:

Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia yang di rahmati Allah. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PRODUCER yang TERKENAL DAVID TEO dari METROWEALTH kenyataan bertarikh 7 Julai 2016 di The Malay Mail Online baru-baru ini.

Untuk pengetahuan MR DAVID TEO, kenyataan yang anda buat ini menampakkan anda cukup tidak matang untuk menjawab soalan dari media dengan menjawab soalan secara membabi buta!. Adakah anda tahu siapa itu SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE? Adakah anda tahu sebelum munculnya Filem-Filem dari METROWEALTH wujudnya filem-filem dari P.RAMLEE? Adakah anda tahu walaupun P.RAMLEE tidak kaya tetapi Beliau KAYA dengan BUDI BAHASA dan KAYA dengan mesej-mesej yang telah di sampaikan oleh BELIAU di filem-filem dan karya-karya agungnya? adakah anda juga tahu P.RAMLEE juga melahirkan ramai seniman, seniwati artis-artis dibawah arahannya sebelum anda melakukannya sekarang untuk keuntungan anda dan syarikat anda sendiri?. ADAKAH ANDA TAHU SEMUA INI?.

Niat anda untuk melahirkan jutawan dikalangan orang seni adalah sifat yang baik tetapi cara melahirkan jutawan dengan merendahkan IKON SENI NEGARA itu adalah SALAH!. Mungkin budaya anda berbeza mengagungkan duit sebagai tuhan tapi bukan kreativiti sebagai ukuran adalah berbeza dengan budaya Malaysia. Adakah anda tahu kebanyakkan filem-filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman p.ramlee? adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem p.ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat KAYA!. KREATIVIFI TIDAK BOLEH DINILAI OLEH WANG RINGGIT adakah anda tahu semua itu MR DAVID TEO?.

Dalam kenyataan anda, anda cuba kaitkan dengan anak p.ramlee yang bekerja di DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) sekali lagi anda merendahkan p.ramlee dan keluarganya. Adakah bekerja dengan DBKL tidak semulia bekerja sebagai producer seperti anda?. Saya juga mendapat banyak aduan mengenai produksi anda di mana ada artis tidak di benarkan berkahwin, ada yang terasa diri tertipu dengan habuan yang diberikan oleh produksi anda melalui kontrak-kontrak yang menggunakan bahasa undang-undang yang berbelit-belit bagi mengelirukan artis di bawah naugan anda? adakah anda tahu semua itu atau anda buat-buat tak tahu sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih?.

Oleh yang demikian, saya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia mendesak agar DAVID TEO menarik balik kenyataan beliau dan memohon MAAF kepada Keluarga SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE kerana mengaibkan IKON SENI NEGARA sekeluarga. DAVID juga perlu memohon MAAF secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap BIADAP dan KURANG AJAR kerana tidak memikirkan SENSITIVITI seniman-seniman di Malaysia. Pesanan saya kepada DAVID TEO jangan jadi KASSIM BABA dalam filem P.RAMLEE ALI BABA BUJANG LAPOK!

PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA
ZED ZAIDI
11:18 0

Zed Zaidi Tuntut RM6 Juta Dari Kerajaan

Berikut berita yang baru diterima; Zed Zaidi telah menulis status panjang lebar di FB nya, tentang isu peruntukkan yang masih lagi tidak diterima lagi oleh penggiat seni tanah air. Harap kerajaan menepati janjinya kepada Zed dan penggiat seni tanah air.
 Jom baca kenyataan Zed Zaidi :
Saya selaku presiden seniman malaysia ingin bertanyakan kepada kerajaan beberapa pekara yang saya rasa sangat serius kerana ini tanggungjawab saya sebagai presiden yang membela artis tempatan serta mewakili penggiat-penggiat seni malaysia. Semasa kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan (KPKK) dan bekas menterinya Dato Seri Utama Rais Yatim dahulu, pernah menjanji serta meluluskan peruntukan sebanyak 1.1 juta melalui kabinet bagi SKIM INSURANCE SENIMAN kepada seluruh lebih 100 ribu orang penggiat seni diam begitu sahaja.

Saya telah menerima pelbagai laporan, komen serta tuntutan ahli-ahli mengenai SKIM INSURANCE SENIMAN yang saya sendiri tidak dapat menjawabnya kerana kelulusan SKIM ini adalah melalui kementerian KPKK. Mana slogan kerajaan JANJI DITEPATI tetapi janji itu TIDAK DITEPATI oleh Menteri terdahulu. KSU ketika itu sudah mengetahui hal ini, tetapi KSU mendiamkan diri kerana selepas pilihanraya KPKK telah berpecah menjadi 2 KEMENTERIAN iaitu Kementerian Komunikasi Multimedia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Pokoknya kemana peginya peruntukkan yang telah diluluskan oleh KPKK sebanyak 1.1 juta bagi SKIM INSURANCE SENIMAN ini?

Selain itu, didalam BAJET 2013 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 6 JUTA bagi BUDAYAWAN,SENIMAN dan KARYAWAN yang berdaftar bagi pengurusan persatuan dan di dalam bajet ini pun kami persatuan seniman malaysia tidak terima. Saya pernah di tanya oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Haji Razak semasa perjumpaan penggiat seni di kediaman beliau saya sebagai wakil memberi ucapan mewakili penggiat seni meluahkan permasalahan kami kepada PM secara terus, di mana PM bertanyakan kepada saya sama ada SENIMAN sudah menerima BAJET 2013 6 Juta bagi pengurusan persatuan di sampuk oleh KSU KPKK yang mengatakan 6 juta telah dipindahkan dari MOF ke KPKK semasa beliau menjadi KSU ketika itu, dan KSU juga telah memberitahu kepada PM dimana BAJET 2013 sebanyak 6 JUTA mereka telah menggunkkan 1 juta dan lebih 5 juta diam begitu sahaja. Persoalannya KEMANA DUIT 5 JUTA lebihan di dalam BAJET 2013 untuk pengurusan artis ini? kerana sampai sekarang kami SENIMAN masih menunggu untuk menerimanya.

Di harap pihak kerajaan mengambil pekara ini dengan serius memandangkan perbentangan BAJET 2014 hanya tinggal 4 bulan lagi akan di bentangkan sedangkan janji-janji kerajaan untuk memberi SKIM INSURANCE SENIMAN dan juga Peruntukan pentadbiran persatuan seni yang berdaftar sebanyak 6 juta masih lagi penggiat seni belum menerimanya. Pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) walaupun menterinya sudah tidak ada namun KSU KPKK ketika itu masih lagi WUJUD di Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat menjelaskan pekara ini. Saya akan menghantar surat kepada PM mengenai ISU yang berbangkit ini dan cc akan kami hantar kepada KSU.

Terima kasih
Presiden Persatuan Seniman Lt. Kol (K) Leftenan Kolonel Zed Zaidi