Berikut berita yang baru diterima; Zed Zaidi telah menulis status panjang lebar di FB nya, tentang isu peruntukkan yang masih lagi tidak diterima lagi oleh penggiat seni tanah air. Harap kerajaan menepati janjinya kepada Zed dan penggiat seni tanah air.
Jom baca kenyataan Zed Zaidi :
Saya
selaku presiden seniman malaysia ingin bertanyakan kepada kerajaan
beberapa pekara yang saya rasa sangat serius kerana ini tanggungjawab
saya sebagai presiden yang membela artis tempatan serta mewakili
penggiat-penggiat seni malaysia. Semasa kementerian penerangan
komunikasi dan kebudayaan (KPKK) dan bekas menterinya Dato Seri Utama
Rais Yatim dahulu, pernah menjanji serta meluluskan peruntukan sebanyak
1.1 juta melalui kabinet bagi SKIM INSURANCE SENIMAN kepada seluruh
lebih 100 ribu orang penggiat seni diam begitu sahaja.
Saya
telah menerima pelbagai laporan, komen serta tuntutan ahli-ahli mengenai
SKIM INSURANCE SENIMAN yang saya sendiri tidak dapat menjawabnya kerana
kelulusan SKIM ini adalah melalui kementerian KPKK. Mana slogan
kerajaan JANJI DITEPATI tetapi janji itu TIDAK DITEPATI oleh Menteri
terdahulu. KSU ketika itu sudah mengetahui hal ini, tetapi KSU
mendiamkan diri kerana selepas pilihanraya KPKK telah berpecah menjadi 2
KEMENTERIAN iaitu Kementerian
Komunikasi Multimedia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Pokoknya kemana peginya peruntukkan yang telah diluluskan oleh KPKK
sebanyak 1.1 juta bagi SKIM INSURANCE SENIMAN ini?
Selain itu,
didalam BAJET 2013 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 6 JUTA bagi
BUDAYAWAN,SENIMAN dan KARYAWAN yang berdaftar bagi pengurusan persatuan
dan di dalam bajet ini pun kami persatuan seniman malaysia tidak terima.
Saya pernah di tanya oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Haji
Razak semasa perjumpaan penggiat seni di kediaman beliau saya sebagai
wakil memberi ucapan mewakili penggiat seni meluahkan permasalahan kami
kepada PM secara terus, di mana PM bertanyakan kepada saya sama ada
SENIMAN sudah menerima BAJET 2013 6 Juta bagi pengurusan persatuan di
sampuk oleh KSU KPKK yang mengatakan 6 juta telah dipindahkan dari MOF
ke KPKK semasa beliau menjadi KSU ketika itu, dan KSU juga telah
memberitahu kepada PM dimana BAJET 2013 sebanyak 6 JUTA mereka telah
menggunkkan 1 juta dan lebih 5 juta diam begitu sahaja. Persoalannya
KEMANA DUIT 5 JUTA lebihan di dalam BAJET 2013 untuk pengurusan artis
ini? kerana sampai sekarang kami SENIMAN masih menunggu untuk
menerimanya.
Di harap pihak kerajaan mengambil pekara ini
dengan serius memandangkan perbentangan BAJET 2014 hanya tinggal 4 bulan
lagi akan di bentangkan sedangkan janji-janji kerajaan untuk memberi
SKIM INSURANCE SENIMAN dan juga Peruntukan pentadbiran persatuan seni
yang berdaftar sebanyak 6 juta masih lagi penggiat seni belum
menerimanya. Pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
(KPKK) walaupun menterinya sudah tidak ada namun KSU KPKK ketika itu
masih lagi WUJUD di Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat
menjelaskan pekara ini. Saya akan menghantar surat kepada PM mengenai
ISU yang berbangkit ini dan cc akan kami hantar kepada KSU.
Terima kasih
Presiden Persatuan Seniman Lt. Kol (K) Leftenan Kolonel Zed Zaidi
0 comments:
Post a Comment