18:01 0

Nurul Wahab di kutuk peminat.




Ini pula kisah Nurul Wahab ataupun sekarang di kenali sebagai Nurul Depp, Nurul menulis luahan hatinya yang di kutuk  oleh peminatnya yang menyatakan bahawa semakin seksi tambahan pula dia yang sedang sarat mengandung anak sulungnya dengan suami barunya itu. Mungkin itu adalah nasihat nurani yang di berikan oleh segelintir peminat buat kak Nurul kot.. Hehe..


Sebahagian daripada kritikan itu menyatakan kerana Nurul berkahwin dengan Mat Salleh, maka gaya Nurul turut sama terikut-ikut dengan budaya suaminya. Menariknya Nurul menafikan perkara tersebut dan mengakui dirinya lebih seksi sebelum bertemu dengan Eric. Kata Nurul:-
Ada pula yang berkata, sebab kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.
Aku tak kisah ditegur. Cuma ada caranya. Banyak kali aku katakan sebelum ini, jika mahu menasihati orang lain atau menegur untuk ke jalan Allah, ada caranya. Jangan kerana ayat-ayat bisa kita, membuatkan orang lain tak hormat dan langsung membenci agama Allah yang mulia ini. Lagipun jika dikomen di laman-laman social sebegitu, semua orang boleh baca. Aku punyai ramai peminat yang bukan melayu dan bukan islam juga. Bagaimana pandangan mereka untuk si pengkomen yang negative dan sentiasa merendahkan artis? Kebanyakkan yang memberi komen adalah mereka yang berhijab.


Nurul juga akan ke perancis pada bulan Ramadhan ini untuk belajar bahasa perancis dengan lebih mendalam..LOL apakah??



0 comments:

Post a Comment