Searching...
20:10 0

Zed Zaidi Tegur Diana Danielle, Jangan Bodohkan Diri


Zed Zaidi Tegur Diana Danielle, Jangan Bodohkan Diri


Zed Zaidi tampil memberi teguran kepada pelakon Diana Danielle ekoran isu pakaian seksinya utnuk majalah Esquire Malaysia baru-baru ini.

~ Video yang Mengejutkan (LIHAT SINI)

Ini komen Zed Zaidi:

Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut.

Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatahlagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni

Sementara itu Diana Danielle telah memberi repons di laman sosial ekoran hal ini. Ini gambar yang dimuatnaik Diana Danielle.


Sumber: Beautifulnara

0 comments:

Post a Comment