09:39 0

Dialog Teater Bahayanya Wanita Melampau - Pengarah Istana Budaya



Dialog Teater Bahayanya Wanita Melampau - Pengarah Istana Budaya


Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari berkata dia terkejut dengan dialog teater terbaru, Bahanya Wanita yang amat tidak bersuaian dengan kanak-kanak.

Datuk Juhari menambah beliau tiada di Malaysia ketika teater itu mula ditayangkan kerana berada di Amerika atas urusan kerja lantas tidak mengetahu hal itu sehinggalah beliau pulang dan menonton teater itu.

Banyak perkataan yang boleh dikatakan berunsur lucah maksud tersirat ( double meaning ) di dalam dialog teater itu terutama watak Mat Don Al-Attas yang dibawa oleh Zizan Razak. Perkataan dan pergerakkan badan watak Mat Don tidak bersesuaian dengan golongan kanak-kanak kerana ada memperkatakan tentang bahagian badan wanita.

Oleh kerana ini musim cuti sekolah ramai ibu bapa membawa kanak-kanak terutama dengan daya tarikkan Zizan sebagai teraju utama. Banyak kanak-kanak amat meminati Zizan.

Datuk Juhari menambah beliau akan lebih berhati-hati memilih teater selepas ini agar perkara sama tidak berulang.



0 comments:

Post a Comment