10:02 0

Water Theme Park A' Famosa.


Water Theme Park A'Famosa.

Selepas menikmati makan tengahari bersama blogger lain di Lake View Restaurant dan bergembira bersama haiwan, bintang liar dan juga harimau yang terdapat di Safari Wonderland A'Famosa [ klik sini ] saya dan team blooggers  terus meyambung keseronokan ke Water Theme Park A'Famosa pula.

Terdapat pelbagai jenis permainan air yang terdapat di Water Theme Park A'Famosa. Antaranya ialah Sandy Beach, Wave Pool, Lazy River,Arabian Village,Kids Adventure Play Pool yang amat sesuai untuk golongan keluarga.

Jika anda inginkan keseronokan dan berani cubalah High Speed Slides yang akan membuatkan anda membuatkan anda menjerit ketakutan dalam keseorokan! Saya dan team Blooggers lain mencuba  Inner Tube pula. Perasaan agak gementara apabila tiub meluncur kebawah tetapi dalam masa yang sama memang seronok seolah-olah menaiki roller coster air!



Big Giant Ice Cream kini di Water Theme Park A'Famosa ! dan merupakan yang tertinggi, terpanjang dan merupakan Ice cream yang terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai ketinggian 20.8 meter, 18.3 meter dan panjang keseluruhan 108 meter. Ini merupakan dan antara salah satu tarikan yang terbaru di Water Theme Park A'Famosa.

Saya mengambil peluang mencuba Big Giant Ice Cream ini bersama 3 orang blogger yang lain. Pada mulanya perasaan agak gementar dan gayat kerana ketinggiannya. Setelah mencuba sendiri menaiki Big Giant Ice Cream ini, ternyata sangat berbaloi tiada ungkapan kata-kata yang dapat mengambarkan keseronokan menaiki nya. Seolah-olah di sedut dan dimakan oleh aiskrim gergasi yang kemudianya memuntahkan saya.

tonton video di bawah:

Video Bloogger menaikki Ice Cream

Ia nya sangat pantas dan hanya mengambil masa lebih kurang satu minit untuk sampai ke bawah dan bergantung juga pada berat badan sesorang mengikut graviti. Ini adalah permainan air yang wajib cuba ketika berada di Water Theme Park A'Famosa. Seronok sangat di tambah pula dengan tajaan oleh pihak A'Famosa bersama Blooggers dot com dan terima kasih   kepada Zac iaitu PR
A 'Famosa.

Untuk maklumat lanjut serta tempahan dan pertanyaan sila layari www.afamosa.com / www.facebook.com/afamosa.my atau hubungi di talian 06-552088.



Lazy River

High Speed Slide
Inner Tube Slide

Persedian sebelum naik Big Ice Cream


Big Ice Cream yang superb!



0 comments:

Post a Comment