08:05 0

Shahrol Shiro Komen Bergaduh Dengan Sepahtu



Shahrol Shiro Komen Bergaduh Dengan Sepahtu

Desas-desus mengatakan Shiro dan Sepahtu bergaduh belakang Pentas


Pelawak Shiro dan Sepahtu kini sedang bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Namun ada fitnah katanya ahli Hiro bergaduh besar dengan ahli Sepahtu di belakang pentas.

Akhbar Harian Metro telah mendapatkan Shahrol dari kumpulan Shiro serta ulasan Jep dari kumpulan Sepahtu tentang kes ini.

Shahrol berkata mereka tidak bergaduh dengan Sepahtu tetapi mungkin kerana tekanan yang tinggi menyebabkan para peserta kurang bertegur sapa. Nampak seperti ada berselisih faham.

" Kalau bertekak atau bertumbuk tu memang takde " kata Shahrol Shiro.

Sementara itu, Jep Sepahtu pula berkata dakwaan itu tak benar sama sekali. Tambahnya lagi kalau ada gaduh pun dia tidak tahu.

" Semua okey dan takde apa-apa kot " kata Jep Sepahtu

Pada sepanjang Maharaja Lawak Mega 2013 ini, nampaknya Jep paling banyak menjadi bahan kepada media hiburan. Saborla ye Jep.




0 comments:

Post a Comment