15:05 0

Dua Wanita Raih Cinta Amir Raja Lawak



Amir Raja Lawak Akui Digilai Dua Wanita Muda


Pelawak Amir yang dilahirkan melalui program Raja Lawak, telah membuat pendedahan tentang kisah cintanya.

Jika dulu Amir akui pernah putus cinta dengan hampir 5 orang gadis sebelum popular (artikel-KLIK SINI), tetapi kini Amir Raja Lawak sedang berkenalan dengan 2 orang gadis yang dikatakan menggilainya.

Amir berkata buat masa sekarang terdapat 2 orang wanita yang menggilainya dan meluahkan rasa cinta kepada Amir. Mereka juga sering menghantar mesej bunga cinta.

Tambah Amir lagi :
“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,”

Amir kini belum lagi memikirkan untuk berkahwin kerana masih belum mendapat pendapatan yang tetap dan berusaha mendapat job dan gig yang banyak untuk menyara kehidupan.

 (artikel bekas awek Amir Raja Lawak -KLIK SINI)


0 comments:

Post a Comment