10:54 9

Jiran Dedah Kisah Pasangan Dera Anak Di Sweden



Jiran Dedah Kisah Pasangan Dera Anak Di Sweden


Pasangan Malaysia Didakwa Secara Rasmi


Pasangan dari Malaysia yang kini menjadi perhatian orang ramai ekoran kes dera anak yang dikatakan ibu bapanya memukul anak kerana tidak mahu solat.

4 orang anak mereka telah sampai di Malaysia dan kini dijaga di Malaysia. Kini ibu bapa tersebut sedang didakwa di Sweden atas tuduhan mendera.

Pasangan itu, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwan mendera dan memukul anak mereka sejak tahun 2010.

Shalwati (ibu):
~Pertuduhan termasuk memukul anaknya Ammar 12 tahun sebanyak 11 kali, Aisyah 14 tahun sebanyak 4 kali, Adam 11 tahun sebanyak 3 kali, Ariff 7 tahun sebanyak 3 kali
~ Shalwati memukul menggunakan rotan dan tali pinggang dan menggunakan anggota tangan termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.

Azizul (ayah):
~ 6 tuduhan mendera Ammar seperti tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan,
~ 4 tuduhan memukul anaknya Adam, tiga kali ke atas Arif dan sekali buat Aisyah.

Kes akan berbicara selama 14 hari. Pasangan ini akan mencabar tuduhan tersebut.

Kenyatan Jiran Dedah Kisah Dera


Lagi mengejutkan, terdapat kenyataan dari seorang jiran yang mengesahkan kes penderaan dan mengatakan memukul kerana tak nak solat itu sebagai alasan untuk melepaskan diri.

Baca kenyataan di bawah:

kenyataan jiran di Sweden
Video kenyataan dan reaksi dari anak sulung Aisyah (KLIK SINI)


pasangan sweden
anak-anak
Video kenyataan dan reaksi dari anak sulung Aisyah (KLIK SINI)



9 comments:

  1. kalau x garang anak nanti anak naik kepala

    ReplyDelete
  2. sebagai parent,janganlah sampai marah macam setan.hah itu lah buat malu org malaysia je.memang betul apa dia komen pasal diaorg.org macam mereka memang x layak jadi parent pd anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  3. aku dlu rilek je kena sepak terajang tapor..molek boleh masuk u.. 28 taun doh.. kalu doh anok keras degil sgt.. ayoh mane x garang.

    ReplyDelete
  4. Berkat penampor abah, mama, cikgu2 lah aku jadi dato' skrg.

    ReplyDelete
  5. Ibu bapa berhak memukul ank jika buat kesalahan selagi tidak mcederakan..

    ReplyDelete
  6. kalau setakat garang, tapi tak tegas, xguna gak. kdg2 garang tu perlu sikit je. kena betul2 tegas. kasih sayang perlu ditunjukkan. kita pun pernah jadi anak (and still anak now). waktu membesar memang memeritkan buat parents. tapi, sabar tu separuh dari iman.

    ReplyDelete
  7. Aku dulu pun pnh kene pkl lbh trk dr diaorg tu yg sekarang elok jer jd orang... jgn nk samakan org puteh dgn islam. tak tgk ke cara percakapan n prgi ank2 org puteh tu biadap bila bercakap dgm mak bapak diaorg sendiri coz x pnh kene pkl dgn mak bapak tula org puteh sume sosial life diaorg teruk...

    ReplyDelete
  8. yg patut di pukul, pukul, yg patut di marah, marah, yg patut di sayang, sayang, jiran jgn mudah buat assumption, dgn apa yg kita tgk cuma sedetik dr whole life kluarga tu...klu dihimpun kira ,setahun brapa kali kena pukul mmg la bunyi nya byk...14 times /365 days tu, sikit lah...budak2 ni pon bukan ada kesan lebam ke, curah air panas ke, cucuh puting rokok ke...cuma klu nk ngajar ank, kena pukul ngan rotan dibahagian kaki ke bawah je, jgn guna tgn n tmpar muka n kpala, tu sebabkan ank2 tambah degil...disebabkan pandangan peribadi sendri jiran jgn keruhkan keaadaan, nk add on ckp org tu, org ni sombong...sbb kaya n harta...dosa mngaibkan org, fitnah jadinya klu xbetul...

    ReplyDelete
  9. kita mengajar anak mengikut sunnah NABI MUHAMMAD SAW bukan menggunakan tangan atau kaki

    ReplyDelete