09:34 0

5 Landasan Ditemui Dalam Simulator Kapten Zaharie Termasuk Diego Garcia



5 Landasan Ditemui Dalam Simulator Kapten Zaharie Termasuk Diego Garcia


carian:
simulator kapten zaharie ,
simulator zaharie ,
simulator kapal terbang zaharie ,
simulator captain zaharie

Akhbar Berita Harian telah membuat laporan terbaru tentang penyiasatan simulator milik Kapten Zaharie.

Pasukan penyiasat telah memaklumkan bahawa mereka menemui perisian lima landasan kapalterbang sekitar Lautan Hindi dalam program simulator buatan sendiri milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya. 

Terdahulu, beberapa pihak polis telah memeriksa rumah Zaharie (klik sini) dan mengambil simulatornya untuk dikaji dan disiasat.

Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.” 

Ada sumber mengatakan Kapten Zaharie antara pilot yang berbakat besar dan mampu mendaratkan kapal terbang di landasan yang pendek.

Gambar dan Biodata Captain Zaharie (KLIK SINI)




simulator milik Zaharie

0 comments:

Post a Comment