21:37 1

Polis Siasat Rumah Kapten Zaharie



Polis Siasat Rumah Kapten Zaharie


Polis akhirnya telah memulakan siasatan terperinci ke atas pilot MH370, Kapten Zaharie.

3 orang polis datang di kediaman rumah juruterbang tersebut selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sahkan pesawat itu disyaki sengaja dialihkan dan dilakukan secara profesional.


Tiga orang Pegawai polis tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah yang teletak di Shah Alam, Selangor. Kediaman Kapten terletak di Laman Seri seksyen 13 Shah Alam. Mereka tiba setelah berakhir ucapan Perdana Menteri Malaysia itu.


Polis menyiasat rumah Kapten hampir 2 jam sebelum meninggalkan kediaman tersebut.


Penyiasat telah mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah penerbangan MH370 yang hilang, selepas komunikasi mungkin telah dimatikan sebelum ia memasuki pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.


Keputusan siasatan rumah Kapten Zaharie akan diumukan dalam sidang media pada hari esok (Ahad).


Beberapa wakil media, wartawan dilihat menunggu di kawasan sekitar hadapan Laman Seri namun tidak dibenarkan masuk.


-Waris Penumpang China Ingin Saman Malaysia (KLIK SINI)



1 comments: