Keluarga Penumpang MH370 Dari China Ingin Saman Malaysia
Laporan agensi reuters, beberapa waris dan keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang mendesak kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negara China memberi jawaban tentang kes kehilangan misteri pesawat tersebut.
Ada juga keluarga yang mengancam untuk saman kerajaan Malaysia. Ada juga ingin jumpa Presiden China iaitu Xi Jinping. Ini semua berlaku setelah tiada maklumat lanjut dan kes ini masih menjadi misteri serta MH370 tidak dijumpai.
Terdapat juga ahli keluarga yang memarahi para petugas media, MAS dan juga kerajaan China sendiri kerana tidak mengendahkan permintaan mereka. Terdapat juga berita pekerja MAS dibaling botol.
"Saya betul-betul mahu berjumpa dengan Jinping dan saya juga tidak tahu apa yang lebih penting daripada nyawa 239 orang di dalam pesawat itu," kata seorang wanita bernama Wen.
"Saya juga mahu bertanya kepada Jinping jika orang tersayang atau ahli keluarga anda berada dalam pesawat itu, apakah perasaan anda," katanya sambil menangis teresak-esak.
Suami Wen merupakan salah seorang penumpang pesawat kapal terbang MH370 yang masih tidak dijumpai itu.
Seorang lagi keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu yang dia mahu mengambil tindakan undang-undang saman terhadap kerajaan Malaysia kerana tidak menjumpai MH370.
"Sudah tentu kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang terjadi sesuatu yang teruk. "Kami tidak menyaman MAS tetapi kerajaan Malaysia," katanya.
Rakaman perbualan dan kata terakhir Captain Zaharie dari MH370 didedah (klik sini)
-kosmo-
Whatever!
ReplyDelete