22:07 0

8 Penduduk Terdengar Bunyi Dentuman Kuat



8 Penduduk Terdengar Bunyi Dentuman Kuat Di Marang


8 pemuda di Kampung Pantai Seberang Marang, Terengganu akui mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas. 

Oleh kerana bimbang ianya ada kaitan dengan kehilangan MH370 mereka bersetuju membuat laporan polis. Mereka baru sahaja membuat laporan jam 10 pagi tadi.

Alias Salleh, pemandu lori yang kini berusia 36 tahun berkata pada jam 1.20 pagi Sabtu beliau dan tujuh lagi kawannya sedang lepak santai duduk di bangku yang jaraknya 400 meter dari pantai Marang. Secara tiba-tiba, 8 orang ini dikejutkan dengan bunyi yang amat kuat. Bunyi seperti dentuman.

Mereka kemudian pergi mencari punca bunyi yang kuat itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias lagi.

Alias berkata beliau berasa tanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa kerana pesawat masih tidak ditemui walaupun sudah empat hari berlalu.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri, 34 tahun, memberitahu bunyi tersebut kuat dan agak pelik. Dia sangkakan fenomena Tsunami berlaku.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

Yusri turut mendakwa ada juga ramai lagi kawannya termasuk kaki pancing dan juga nelayan turut mendengar bunyi kuat yang aneh dan pelik dari arah pantai. -sumber dari : utusan/metro-

Baca kisah pesawat MH370 dikesan di Pulau Perak oleh pengkalan butterworth (klik sini)

foto dari : metro

0 comments:

Post a Comment