Dikesan di Pulau Perak
Untuk yang berasa pelik kenapa pihak penyelamat dan pencarian membuat carian di Selat Melaka, sebenarnya pesawat ini dikatakan dikesan di Pulau Perak oleh sebuah pengkalan udara.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, dikatakan telah sahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan dari pesawat MH370 yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.
“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya beliau.
Pesawat MH370 dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyarat pesawat itu kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan Malaysia.
Perkara ini juga disokong apabila laporan polis dibuat oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah berbanding biasa di Kota Bharu, Kelantan.
Pihak ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka.
Ralat:
Pihak TUDM menafikan berita ini yang disiarkan di Bharian
Berita lain:
-Gambar penumpang yang gunakan pasport curi (klik sini)
-Staff MAS dibaling botol di China (klik sini)
kedudukan Pulau Perak |
0 comments:
Post a Comment