18:42 0

Pekerja MAS Dibaling Botol Air



Pekerja MAS Dibaling Botol Air


Ahli keluarga kepada penumpang MH370 warganegara China dikatakan marah dan berang dengan keadaan yang berlaku.

Akibatnya  empat pekerja Malaysia Airlines (MAS) telah dibaling dengan botol air di sebuah hotel di Beijing.

Ini telah berlaku ekoran pekerja syarikat penerbangan itu gagal memberi maklumat terbaru tentang kes kehilangan pesawat MAS MH370 itu.

“Semua orang Malaysia penipu!” pekik seorang lelaki dalam bahasa Cina sambil menambah, “Kamu tahu apa maksud penipu?” lapor dari New Yirk Times.

“Beritahu dia dalam bahasa Inggeris,” kata seorang lagi warga China.

Majoriti penumpang di dalam pesawat MH370 yang hilang ialah warga China. Namun mungkin kerana emosi yang sedang melanda mereka gagal mengawal perasaan. - malaysiakini

Harus diingat kes Air France hanya 2 tahun baru menjumpai kotak hitam, manakala Adam Air Indonesia mengambil masa 7 bulan.


0 comments:

Post a Comment