Ini Kerja Bodoh - Dr MAZA Tentang Aktiviti Bomoh
Dr. MAZA ataupun Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang itu.
Dr Asri merupakan bekas mufti negeri Perlis yang juga lecturer di USM.
Dr MAZA menegaskan tindakan itu suatu kerja yang bodoh dan tahyul serta tidak boleh diterima akal.
Ini ekoran tindakan seorang bomoh popular yang membuat upacara untuk mencari MH370 (baca sini)
“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima. Dengan buat begitu, dia beri gambaran salah pada ajaran Islam.
“Dia seolah ambil kesempatan. Amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri.
Asri menegaskan, dalam ilmu dan agama Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.
“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.
“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya.
Semalam dilaporkan seorang bomoh mahaguru silat telah membuat upacara pencarian MH370.
"Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.
Mahaguru Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.
Dia juga mengatakan kini MH370 terapung antara 3 negara.
Beliau pernah popular dengan perkhidmatan kejadian Highland Tower, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan Mona Fendy.
-Baca kisah Mahaguru Ibrahim menjumpai pesawat MAS MH370 yang hilang di sini (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment