Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung' antara tiga negara
Okey ini berita yang mistik sikit. Ini cerita tentang seorang bomoh yang cuba menggunakan ilmunya untuk mencari MH370.
Jom baca laporan penuh di bawah:
SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.
Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.
"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.
Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Ihsan Akhbar Tempatan
kenapa yer 4 ari lpas sy mmpi pesawat trhmpas kt hutan dan sy lihat mayat 1 per 1 dr dkat ek....ke sbb tgk brite ni kot...atau hanya mainan tdo??atau trbalik means diorg masih hdup...ape petanda nyer??plik mmpi tgk mayat ni...tkut plak...
ReplyDelete**Hamba Allah
Wallah hualam... saya pon ade mimp jugak.. but it comes different way.. ape2 pon kita doakan yg terbaek utuk mereka semua..
Deletemimpi tu antara pukul brape??
Deletexsure la pkul brape...ermmm...
Deletesbb mse tdo rse cm tdo dlm keadaan sedar...
cmne ek nk gtau...
sedar tdo, sdar tdo...4x cmtu...
xslap yg dpt mmpi tu yg 1st skali sdar...
thn 2011 prnh mmpi dunia nk kiamat thn 2012 tgk huru-hara sume org...pastu sy jerit2 dunia nk kiamat...
2,3 mggu lpas mmpi bnjir skali n mmpi air kolam skali...
ramai orang mimpi macam mimpi bro ni.. abg saya pun mimpi macam bro kata tu.. tapi kapal tu terpotong 2.
Deleteade dak 1 opis ckap tgk mayat pnjg umo...ade mbr ckap lak,diorg tu masih ada lg...slalu nyer trbalik mmpi...ermm...
Deleteprnh dlu mmpi trblik...tp mmpi benda lain la...
Ya Allah permudahkan lah segala urusan pcarian mereka semua ya Allah... sesunguhnya kau yg lebih mengetahui dr yg sgalanya.... amin
ReplyDeletekita hanya berusaha .. segalanya ALLAH tentukan .. berdoalah agar semuanya selamat .. amin ..
ReplyDeleteJangan selalu pandang serong terhadap mereka ni yg ada ilmu untuk mencari ssuatu yang hilang. Segalanya dengan izin Allah. Sebab sy ada pengalaman dr kawan. Kawan sy hilang dr dlm bas menuju ke Suatu program . Dia lari selepas brhenti solat Jumaat. Dlm masa yg sama dia tertekan. Bila kami berkumpul, dia sorg yg tiada. Kami mncari seluruh pelosok daerah tu. Kebetulan ayah kawan sy pandai mncari yg hilang ni. Jadi kami bg nama penuh. (Melalui telefon) dan dengan izin Allah, ayah kawan sy ni, bgtahu yg dia tengah menangis kat bawah tiang lampu + pokok2 tinggi yg tersorok dr org ramai. So, kami mncari kt tmpat yg ada tiang lampu sekitar masjid solat jumaat td smpai masuk kampung org. MasyaaAllah.. memang dia ada kat situ.. Alhamdulillah dia dpt ditemukan. Dalam keadaan yg memilukan. Sedih je dia. Kerisauan kami hilang serta merta. ^^
ReplyDeleteKlu mcam tu pegi la cepat2 cari ayah kawan deme tu.
Deletebtol tu...kte hanya ikhtiar je...jika di izinkan Allah utk jpe...jpe la ia....
DeleteBila ayh bgtau kapal terbang hilang..tiba-tiba saya terus menjawab "jgn risau ada je kapal terbang tu..ada tersorok dlm awan & tak dapat cari jalan keluar"..
ReplyDeletesaya rasa kapal terbang ini peluang untuk mecarinya tipis kerana ia sudah hilang lebih dari 3 hari kita hanya boleh berdoa dan redha kepada allah
ReplyDeleteTok moh,kpl otromen dh kidnap la.....huhu
ReplyDeletewallahualam...susah nak ckp pasal kaitan unsur pbomohan dgn kes mh370 ni... kalo najk kata bomoh x btl pun xleh gak sbb ada yg mrawat kes2 gguan makhluk halus dgn rawatan tradisional yg btl. bg aku, kita jgn tlalu pcaya pd bomoh. sekadar ikhtiar. mungkin Allah beri klebihan pd ssorg dan dia gunakan klebihan tu ke arah kebaikan. apa2 pun, kne igt smua ni atas kehendak dia. pasal Dia stiasa mdengar luahan hati kita wpun kita byk buat kmungkaran. bnda ni tjadi pd diri aku sdiri. aku prnah abis duit pasal kena byr something. mmg aku nangis n down gile2. hasil titik peluh aku selama 5 tahun hilang. rm50k aku hilang. n aku ilang jerja dlm masa yg sama. bila aku menangis dlm blik air, x semena2 ada call dr sbuah syarikat tawarkan aku kerja. dari situ baru aku sedar yg Dia stiasa mdengar apa yg di hati kita.aku cuma nak kongsi bkn nak mbangga diri n alhamdulillah, baru aku kerja 2 bulan, aku dapat kumpul rm17k.alhamdulillah
ReplyDeleteJgn pandang rendah dgn kuasa ghaib ni.. If kita pecaya Allah ni wujud...nape kita x pecaya yg Allah jadikan jin... X pecaya ada syurga ada neraka... Ingt x kes helikopter terhempas di Bakalalan tahun 2004.... Kalo dr segi sains xdpt x salah kita guna alternatif lain...usaha kena ada..
ReplyDeleteBersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"
Berkata Ifrit di antara Jin
" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab
" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"
AnNaml: 38-39
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yangberusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
https://www.facebook.com/permalink.php?id=293813067399341&story_fbid=413147138799266
betul ke tak terpulang kepada allah yang maha kaya.semoga dapat jumpa kita doa sama sama AMIN.
ReplyDeleteJadi, xpayah la minta tlg negara lain.. doa ja sampai kapal timbul :D
Deleteusaha itu perlu,bgitu jga doa dan tawakkal..
Deletesbb itu kite prlu brserah kpd Allah.
kerna Dia maha mengetahui
Trajedi ini bukan nya takdir allah seperti yang dikatakan.. tuhan allah tidak pernah menjatuhkan musibah kepada kita manusia.. ini semua kecuaian manusia sendiri.kasian allah asik dipersalahkan :(
ReplyDeleteastaghfirullah..sy rasa pandangan awk tu saloh.tragedi ini adlah takdir Allah kerna DIA maha brkuasa akan tiap-tiap sesuatu..sy x tau nak ckap camne,tp better awk tgk link Dr Azizan Osman.moga lbih memahami
Deleteapa yang berlaku semua ketentuan Allah, Qada' dan Qadar dari Nya...dialah maha mengetahui segala apa yang terjadi di langit dan bumi hanyalah bermula dengan Kun Faya Kun...
ReplyDeletesy pla bukn mimpi....tp sy tersedar dari tido sebab terhidu bau busuk dalam dekat pukul 2pagi.. mcm bangkai yg baru nak busuk sy hidu dri luar tingkap xde pla busuk. sy x sedap hati, trus sy pray dn dalam pray sy tu sy ada sebut MH370 pas tu sa cuba tido dn pelan2 bau busuk tu hilang
ReplyDelete