Mr Ali Diburu
Benjapon Krutnait, pemilik ejen perlancongan yang menguruskan tiket penumpang misteri menggunakan pasport palsu telah membuat kenyataan.
Urusan perjalanan dua individu yang menaiki pesawat MH370 berlepas ke Beijing dilakukan di pusat peranginan Pattaya dan dibayar secara cash.
Akhbar British, Financial Times memetik ejen pelancongan Thai yang menempah tiket untuk kedua-dua lelaki itu berkata dia diminta untuk menguruskan perjalanan oleh seorang kenalan warga Iran dikenali Mr Ali.
Benjapon Krutnait merupakan pemilik Grand Horizon di Pattaya dipetik sebagai berkata, warga Iran yang juga kenalan perniagaannya yang hanya dikenali sebagai 'Mr Ali' memintanya untuk menempah tiket pada harga murah ke Eropah untuk dua lelaki itu pada 1 Mac.
Benjapon pada mulanya menempah tiket untuk salah seorang lelaki itu menggunakan penerbangan Qatar Airways dan seorang lagi dengan penerbangan Etihad.
Walaubagaimanapun, temph tiket tersebut tamat apabila Benjapon tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Mr. Ali. Bermakna tiket itu tidak digunakan.
Mr Ali menghubungi semula pada hari Selasa, Benjapon menempah semula tiket menggunakan pesawat Malaysia Airlines menghala ke Beijing dengan alasan itu tiket paling murah.
Seorang rakan Mr. Ali membayar secara cash kepada Benjapon untuk tiket tersebut.
Benjapon seperti tidak percaya Mr. Ali ada kaitan dengan keganasan kerana dia tidak menyatakan penerbangan khusus Kuala Lumpur-Beijing tetapi meminta penerbangan murah ke Eropah, lapor akhbar itu.
~Baca juga ramalan Raja Bomoh Datuk Mahaguru yang terlihat pesawat MH370 : (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment