19:50 0

Penumpang Misteri Guna Pasport Palsu Dikenalpasti



Penumpang Misteri Guna Pasport Palsu Dikenalpasti


Ketua Polis Negara telah mengesahkan berjaya mengenalpasti suspek yang menggunakan pasport palsu melalui siasatan lanjut termasuk rakaman CCTV.

Hasil siasatan, salah seorang daripada dua suspek yang menaiki pesawat MH370 dengan pasport curi telah dikenal pasti.

"Saya boleh sahkan bahawa dia bukan rakyat Malaysia tetapi saya masih tidak boleh lagi mendedahkan negara asalnya," Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua Polis Negara.

Nampaknya kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod memasuki negara ini secara sah.


Ketika ditanya sama ada kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod Jabatan Imigresen memasuki negara ini, Khalid berkata mereka sedang menyiasat perkara itu.

Katanya lagi suspek juga bukan berasal dari kumpulan militan di China yang dikaitkan sebelum ini.

Khalid berkata, mereka masih belum mengklasifikasikan pesawat yang hilang itu dikaitkan dengan keganasan.

"Biar kami siasat perkara ini dengan teliti," katanya yang turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang sepekulasi mengenai perkara itu. 

Salah seorang penumpang itu menggunakan nama milik Liugi Maraldi.

Gambar sebenar Liugi Maraldi (KLIK SINI)




0 comments:

Post a Comment