“Mereka Seperti Tuan Dan Kami Hamba” – Ammar
Ammar, anak lelaki pasangan Malaysia yang didakwa di Sweden, mengejutkan ibunya dengan kenyataan beliau berfikir seperti hamba kepada ibu bapanya.
“Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu,” kata Ammar , 12.
Video temubual itu direkodkan pada Januari 2014 dan telahpun disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna.
“Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba,” katanya.
Mendengar keterangantersebut, ibunya bernama Shalwati Nurshal terus memuncungkan bibirnya dan menyilang tangannya.
Seorang polis bertanya kepada Ammar tentang alat yang digunakan oleh ibunya itu, Ammar berkata ia dipanggil ‘rotan’ dalam bahasa Melayu. Beliau tidak tahu namanya dalam bahasa Inggeris.
Polis itu turt bertanya apakah fungsinya selain untuk memukul. Adakah seperti penyangkut baju. Ammar menjawab; “Ia digunakan untuk memukul sesuatu".
“Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai,” katanya.
Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan ‘berkongsi kesakitan mereka’ tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri.
Baca lagi reaksi Ammar yang berkata 'IBU BAPANYA AKAN DIPENJARA' - (KLIK SINI)
Hmmm
ReplyDelete