09:54 2

3 Pramugari 1 Pramugara Dipecat MAS



3 Pramugari 1 Pramugara Dipecat MAS


Hanya kerana menyertai perhimpunan kesatuan,3 pramugari dan 1 pramugara telah dipecat oleh MAS.

Kata Ismail Nasaruddin, Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang juga telah dipecat berkata kesemua mereka telah menerima surat dipecat pada Februari 2014.

Beberapa ahli dan anggota Nufam telah mengambil bahagian dalam perhimpunan aman di Kementerian Sumber Manusia pada 27 November lalu.

3 pramugari yang dipecat telah meminta cuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan tersebut. Sementara pihak MAS telah memberi notis meminta surat tunjuk sebab kepada 30 orang anak kapal yang menyertai perhimpunan itu.

Ismail berkata tujuan perhimpunan tiada kaitan dengan MAS sebaliknya hanya melibatkan hal kesatuan sahaja. Dia juga menggesa MAS untuk menarik balik semua surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada 30 anak kapal tersebut.

Nufam juga mengesahkan, MAS telah menggantung Setiausaha Agung kesatuan, Mohd Akram Osman, yang juga ketua pramugara syarikat penerbangan MAS yang telah berkhidmat selama 25 tahun kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang sama dan kerana mengeluarkan satu surat pekeliling kesatuan menggunakan e-mel syarikat.

Kesatuan itu bagaimanapun berkata menghantar pekeliling melalui kemudahan e-mel syarikat itu telah menjadi amalan selama bertahun-tahun dan tidak pernah dipersoalkan oleh syarikat penerbangan itu.

"Kami masih menunggu kementerian dan syarikat penerbangan untuk bertindak balas terhadap perkara itu," tambah Ismail. - mStar.

Ismail nasaruddin


2 comments:

  1. Cuti sakit tapi sertai perhimpunan lepas tu kena pecat hrrrmmm

    ReplyDelete
  2. Memang patut pecah..ramai pekerja mas kerja sambil lewa..tidak besyukur dan kuat memburuk kn kerajaang

    ReplyDelete