18:34 2

MH066 Pula Alami Masalah, Terpaksa Mendarat Kecemasan


MH066 Pula Alami Masalah


Sebuah lagi pesawat dari MAS iaitu MH066 mengalami detik mencemaskan apabila terpaksa mendarat dan melecong dari destinasi asal. Malaysia Airlines telah sahkan bahawa kapal terbang MH066 yang dalam perjalanan dari KL ke Incheon, Korea Selatan dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin memberitahu bahawa pesawat Airbus A330-300 MH066 itu telahpun selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 memulakan penerbangan dari KLIA pada pukul 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 5.50 pagi waktu Malaysia.

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain untuk ke Incheon, Korea Selatan.

"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya.

Sebelum ini kapal terbang MH114 mengalami kemalangan di India (BACA SINI)


2 comments: