10:25 4

MH114 Pula Berlanggar Dengan Itik


MH114 Kemalangan

Ketika satu dunia menumpukan kepada MH370, sebuah lagi kapalterbangpesawat MAS iaitu MH114 telah hampir-hampir menerima bencana. Kapal terbang yang membawa sebanyak 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam di India.

Berdasarkan laporan SinarHarian kejadian itu berlaku pada waktu malam kira-kira jam 10.45 malam. Tiada laporan tentang kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu. Kesemuanya selamat.

Walaubagaimanapun, pilot dan co-pilot atau petugas di MH114 itu didakwa tidak terus melaporkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara.

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 12 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.

“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.

MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency kemudiannya kapal terbang MH114 itu terbang pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki dan diganti cermin.

Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.

“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.

Sebuah kapal terbang Dornier Sita Air terhempas pada September 2012 kerana disyaki terlanggar itik atau unggas dan mengakibatkan 19 kematian.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114 nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Sinar Harian

China Dakwa Temui Serpihan MH370 (klik sini)


4 comments:

  1. mas apa yg berlaku skg ni..ujian 1per1

    ReplyDelete
  2. ujian..tabah ya MAS...tapi korang juga yang terbaik

    ReplyDelete
  3. MAS sbr yer.... Ujian demi ujian dtg brtimpa2...Moga MAS tabah mghadapi...MAS dulu kini selamanya buat sy sekluarga..layanan dr MAS kmi skluarga hargai.. Pd ALLAH kita brserah...

    ReplyDelete