10:12 4

Pasangan Bulan Madu Antara Penumpang MH370

Pasangan Bulan Madu Antara Penumpang MH370

  
Melalui Harian Metro, seorang ibu mendedahkan anaknya yang sedang dalam perjalanan ke China untuk berbulan madu adalah antara penumpang MH370.

“Anak saya baru mengalami keguguran bulan lalu dan pemergian dia bersama suami ke Beijing, China pun kerana ingin berbulan madu selepas rancangannya untuk bercuti di Cameron Highlands dibatalkan.”

Itula kata kata daari Sarjan Hamid Ramlan, bapa kepada Norli Akmar Hamid, 33, yang terbabit dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China awal semalam.

Sarjan kini berkhidmat di unit tatatertib di Bukit Aman.

Untuk pengetahuan pasangan Norli Akmar bersama suaminya, Mohd Razahan Zamani, 23, yang berkahwin pada Oktober 2012 menaiki pesawat terbabit untuk bercuti berbulan madu di Beijing selama empat hari.

Hamid berkata, anak dan menantunya tidak menunjukkan perubahan dan ceria untuk berbulan madu ke sana.

Semoga pasangan ini dan juga penumpang yang lain selamat hendaknya.











4 comments:

  1. sadisnya.. saya bersimpati di atas nasib penumpang yang terlibat dalam nahas tersebut

    ReplyDelete
  2. mohon dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  3. saya turut bersimpati dan sedih diatas semua kejadian ini.

    ReplyDelete