18:18 0

Gambar China dakwa jumpa beberapa serpihan pesawat!



Gambar China dakwa jumpa beberapa serpihan pesawat!

China dikatakan telah mendakwa menjumpai serpihan kapal terbang. Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.Li merupakan Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. sumber: TengokTVOnline

Dikatakan penumpang bernama Raymond telah mengambil gambar bewarna merah, oren dan kuning di tengah lautan. Raymond menaiki kapal terbang lain selepas kapal terbang MH370. Ketika mengambil gambar beliau tidak tahu tentang kejadian kehilangan MH370.

Berita lain:
Pasangan Berbulan madu antara penumpang (KLIK SINI)



Gambar yang diambil oleh seorang penumpang dari kapal terbang lain



0 comments:

Post a Comment